Nadia Ayuni's
Redha
26 September 2014 | Friday, September 26, 2014 | 0 ♥ Sweet Candy

Pernah terfikir kite berada dalam satu situasi yang kau tak pernah duga?
Pernah terfikir tentang mase depan?
Pernah terfikir tentang harapan ibu bapa?
Pernah terfikir sumbangan kite kepade mereka?

Lepas dapat result SPM, mak aku awal awal dah suruh aku apply IPG. Mase tu tak fikir ape pun kan, just pegi website MOE then apply online. DONE. Bulan April, dapat panggilan Ujian Kecergasan Calon Guru (UKCG) whish is quiet tough for those yg tak fit and well said aku perempuan paling last bertahan untuk bleep test, which kau kene lari ulang alik ikut mase yg diberi and mase tu aku tak sedar pun yang tinggal smue lelaki and aku sorg je perempuan. Tapi, that's not the point. Doesnt matter at all. Bulan Mei, dapat panggilan temuduga. Kursus: Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang bagi aku. errrrrr. tapi sebab mak aku. aku pergi. Result: FAIL. Nasib baik. Atas nasihat kawan aku jugak, Lana :D '' Good luck on crashing your Interview'' haha. Yaa, I did crash it. Dalam bilik temuduga? Aku antara yang pasif. Cakap bile perlu.

Tapi, aku lupa. Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Besar. Kite cume boleh merancang, Dia yang tentukan segalanya. Mak aku. Pergi jumpe rektor IPG which is orang paling berkuasa dalam pentadbiran IPGM. Directly bagi surat terus ke tangan die. Tuhan punye kuasa. Kene panggil lagi untuk ujian amali muzik. I thought I could crash the interview again. Tapi kalau kau dekat tempat aku, tengok mak kau gigih bermati-matian nak anak die masuk IPG lepas tu kau buat najis mase interview, tak rase derhake ke? So, it went well. Sebab saingan aku sangat sangat tidak sengit. 

July 25, dalam bas, Segamat. 

ANDA DITAWARKAN PROGRAM 
CALON GURU KPM 2014. SILA
BUAT PENGESAHAN DI
WWW.MOE.GOV.MY

Perasaan mase dapat SMS ni? Excited sebab berjaya temuduga, sedih sebab bukan kehendak aku.
Hipocricy berlaku bile masuk dalam kerete. Ade mak aku. Dengan keceriaan yang sengaja diwujudkan berite tu sampai ke telinge mak aku. Reaksi mak aku? aku rase kalau dalam kerete tu boleh buat sujud syukur, die memang dah buat. die terus call bapak aku untuk discuss perjalanan aku ke Kelantan and urusn pindah, tanpe bertanye ''Adik nak pergi ke?'' aku? diam. tiada kuasa.

Tapi, dah nak masuk 2 bulan dekat IPG, pagi tadi. Ade pidato. satu perangai pelik yang aku perasan. kau letak aku dalam kelas, confirm aku tido. tapi sometimes, tempat yg org tido tu la aku tak tido. ya, cikqu Wan Norisah pun penah cakap macam tu hahaha. Satu isi yang membuka mata. ''Ramai dikalangan pelajar IPG yang di sini sekadar memenuhi permintaan ibu bapa. Mereka sibuk membandingkan diri mereka dengan rakan-rakan lain yang di luar. Mereka beranggapan belajar di IPG satu perkara yang dipandang rendah. Tapi mereka lupa bahawa redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa! Masya Allah. Betapa kamu diredhai belajar di IPG ini dengan redha Allah dan ibu bapa'' dan aku terdiam. sentap, menusuk ke kalbu. mase tu, baru aku sedar. bukan baru sedar, cuma baru diingatkan dan disedarkan tentang kata kata tu. dan juga phrase ' Every clouds has silver lining' Setiap satu yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. hmmm. Aku redha. Ini takdirku. Dan mungkin ini masa depan aku.

♥ Disclaimer ♥

  
 Nadia Ayuni. Penulis blog bebas mengikut kerajinan. Ada tangan taip, ada mata lihat, ada mulut cakap, ada adab mohon jaga :) Masih mencari identiti diri. Masih mencari cita cita sebenar. Masih mengejar cinta Illahi

♥ PLKN ♥


PLKN Kem Lagenda Gunung Ledang, Asahan, Jasin, Melaka. Siri 11/2014. #TeamCharlie

♥ Credits To ♥

Skin By Little Miss : //Suhaila Roslan
Edit by You : Nadia Ayuni