Nadia Ayuni's
#1 Mentaliti
03 May 2014 | Saturday, May 03, 2014 | 0 ♥ Sweet Candy
 
Sesungguhnya, aku tetibe rajin nak update blog. Lihatlahh blog sayaa. cantik, comel dan cun macam saya. *tangan lentik style diva* tunggu onci buatkan doodle untuk sumbat jadi header. *kipas onci banyak2* hehehe. okey, first of all. maaf andai kate coretan hari ini bakal menyentapkan sanubari anda. but please, be open minded. kau ingat aku nk cerite pasal kau? hahaha. main main. i mean, kalau kau terase tu baguslh. tandenye masih ade iman dalam hati. so ape lagi, ubahlahh. i ni pun bukannye perfect mane kann. so aku cerite ape yg aku nmpak and aku harap korg boleh tegur ape yg korg nmpak silap aku. deal ? mohon jangan report blog aku. hahahaha. hari ni i nk ceciter pasal mentaliti dekat yuolls *mulut muncung kasi lebih* okey, apakah yang dimaksudkan dengan mentaliti ya kawan-kawan ? *selak kamus dengan keadaan yang tergesa-gesa* okey tak jumpe dekat kamus T.T kfainnn. bagi aku, ape yang dimaksudkan dengan mentaliti adalah, cara seseorang berfikir tentang sesuatu hal.
Buah cempedak di luar dm,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saye budak baru lepas spm,
Kalau salah tolong tonjolkan
Hahaha. boleh menangis ahli sastera negara bace pantun aku. so back to the story. nowadays, aku nampak banyak mentaliti hamba Allah yg aku rase macam nk nangis je hadap. Contoh-contoh seperti:

kite pi check online U/Matriks/IPG then kite mendapat tahu kite telah di-tahniah-kan atas;

           'Tahniah, permohonan anda berjaya. Penempatan anda adalah di Sarawak'

dalam hati dah mencaci maki pihak pengurusan institut tersebut yg tak berdosa. hati merintih, hati menangis menganangkan jarak jauh dari rumah.
''kohajaaa, aku mintak tempat lain, kau kasi tempat lain''
''lahanat kasi aku tempat jauh-2''
''siot ahh, jauh gile. aku taknak pegi lahh. aku nak tunggu rezeki datang bergolek *muke redha*''
dan lain lain lagi caci maki yg dilemparkan. Cube bayangkan penempatan tu ditukarkan kepade London, Paris, New Zealand, China, India. Mesti korang akan.
''waahh, pak diaaaa. aku pandai, memanglah layak. korang ada? *muke bajet*''
''walawehhhhh, takkan nk tolak kot. setakat nk pegi oversea. no hal lahh, untuk belaja, aku sanggup''
''bestnye bestnye bestnye! oversea wehh, sape taknah baqhangg''
betul tak? kalau tak betul tu lain cerita lahh kann. boleh tutup terus blog ni. hahaha. tapi ini nak cerite pasal mentaliti orang yg akan cakap
''memanglahh'' sampaikan kalau parents tak kasi korang melawan,mogok *hentak kaki kuat kuat kasi patah* memberontak *slam the door*
cube fikir dalam-dalam. kenape bende alah macam ni jadi. sebab ape? korang tak letakkan niat
'sahaja aku menuntut ilmu sebagai ibadahku kerana Allah'
 number one. ape yg korang bayangkan kalau korang dapat further study oversea? bergaya? dipandang tinggi? nak jalan jalan? respect?nak tunjuk dekat kawan kawan yg korang belajar oversea sebab kepandaian yg overload? atau mungkin korang akan cakap. ''hello, oversea dengan local lain lahh. kan nanti senang nk dapat kerje. student oversea lebih dipandang lah *muke sombong*'' kalau itu ape yg terlintas kat benak fikiran korang. aku akan jawab. ''hello back there. kalau lulusan oversea tapi keje habiskan duit biasiswa je baik tak payah. sape nk pandang kalau macam tu. and hello again, bukak sikit mate. tengok sikit berape ramai orang yg result gempak tengah menganggur.kbyee'' astaghfirullahalazim. aku bukan nak cakap yang aku ni hebat. aku bukan nak menuding jari pade sesiape. tapi cube korek dalam2 otak tu dan letak bende ni.
kau patut bersyukur kau dapat tawaran tu. kau patut bersyukur Tuhan masih bagi kau rezeki. kau masih dilimpahkan dengan rezeki. cube kau bayangkan kau tak dapat tawaran tu and bile klua kputusan yang kau tunggu tunggu sangat tu punn kau tak dapat. option ape yg ade? option ape yg kau ade selain register ipts? BERSYUKUR. that's the key. kenape kau sanggup fly oversea tapi bile ditawarkan tempat yg sangat jauh dalam negara kau merungut? pernah tak fikir orang yg tak bernasib baik macam kau? bukan diorg tak usehe. siapa kite nk pertikaikan usehe orang kan. but thinks deeply. why. aku bukan ape. aku dulu punn ade mentaliti macam ni jugak. tapi mase dekat plkn ade program under UITM. die bagi talk. aku paling terkesima mase ucapan die tu part. ''ade sorang calon ni die merayu mintak pindah tempat, bagi dekat sikit dengan rumah. kalau boleh belakang rumah. lepas tu saye cakap. encik, universiti kami ade tubuhkan kolej dekat London. nak tak?'' then the student replied. ''gila taknakk. mestilah nak!'' lebih kurang macam tulah dialog die. mase tu baru aku tersedar betapa rendahnye mentaliti kite yg berfikiran begitu. so sejak tu aku terus bersemangat nak belajar. aku tak kisah dapat dekat mane. yang penting aku nk belajar betul betul dan fly fly fly awaaaayy~ jadi the point here is, marilah kite maju ke hadapan. buang mentaliti lama. redha dengan tempat yg kite bakal tempuh. ikhlaskan diri belajar kerana Allah. and succeeeeeeed. Amiin Insya Allah.maaf andai ade yang terguris. aku insan bermulut lepas tanpa penapis. maaaaf T.T tak puas hati? datang sini lahh. kite lawan air batu burung. sape kalah pukul tangan. hahahaha. kbyeee.



♥ Disclaimer ♥

  
 Nadia Ayuni. Penulis blog bebas mengikut kerajinan. Ada tangan taip, ada mata lihat, ada mulut cakap, ada adab mohon jaga :) Masih mencari identiti diri. Masih mencari cita cita sebenar. Masih mengejar cinta Illahi

♥ PLKN ♥


PLKN Kem Lagenda Gunung Ledang, Asahan, Jasin, Melaka. Siri 11/2014. #TeamCharlie

♥ Credits To ♥

Skin By Little Miss : //Suhaila Roslan
Edit by You : Nadia Ayuni